Tiada mukim catat lebih 40 kes positif COVID-19

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Tidak ada mukim yang mencatatkan lebih daripada 40 kes positif COVID-19 antara 12 hingga 18 Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan lanjut bahawa sebanyak 16 mukim (41 peratus) mempunyai jumlah kes antara satu hingga 40 kes dan sebanyak 23 mukim (59 peratus) mempunyai sifar kes.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan gambaran lebih jelas mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini berkenaan semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.