Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Tiada niat menyinggung mana-mana pihak – Aaron Aziz

Aktor popular, Datuk Aaron Aziz tidak kisah jika kontroversi watak lelaki bernafsu songsang dalam drama rantaian, Suamiku Lelaki Pendosa kembali menjadi bahan perdebatan warganet.

Menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023), Aaron, 47, berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kisah yang diketengahkan dalam drama adalah realiti berlaku dalam masyarakat hari ini.

“Selepas bertahun-tahun menceburkan diri dalam bidang seni dan sering membawakan watak klise seperti karakter hero kaya dan berkahwin, saya tentunya mahu mencuba watak baharu.

“Saya tidak mempunyai masalah jika isu ini kembali diperkatakan apabila memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak lelaki songsang ini.

“Isu ini memang berlaku dalam masyarakat hari ini dan tugas saya hanya untuk menghidupkan watak,” katanya kepada BH Online.

Tambah pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH 2011 dan 2013 ini, dia juga tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila tampil dengan watak kontroversi itu.

“Bila saya melakonkan watak ini, saya anggap ia hanyalah sekadar lakonan, bukan untuk menjatuhkan sesiapa,” tegas aktor kelahiran Singapura ini.

Menerusi drama arahan Eyra Rahman itu, Aaron membawakan watak Dean Ilyas yang juga suami kepada Cahaya Malaika lakonan Sophia Albarakbah. – Agensi

Aaron tak kisah kontroversi watak lelaki bernafsu songsang dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa kembali menjadi bahan perdebatan warganet selepas kemena-ngan. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -