Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Tiada penerbangan di KLIA terjejas akibat gangguan bekalan elektrik

    SEPANG, 29 JULAI – Tiada penerbangan dilaporkan ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa kejadian gangguan bekalan elektrik pada Rabu, yang menjejaskan beberapa kawasan di Malaysia termasuk Sepang.

    Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata semua penerbangan dari dan tiba di KLIA menepati masa.

    “Bagi KUL (KLIA), saya difaham-kan kesemua 21 (penerbangan) keluar, 21 masuk menepati masa. Satu-satunya perkara yang saya fikir berlaku mungkin kelewatan dari segi bagasi,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pengendali lapangan terbang itu dengan tujuh pihak berkepentingan untuk melaksanakan Pembuatan Keputusan Kolaboratif Lapangan Terbang (A-CDM) ) di sini hari ini.

    Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bermula 12.39 tengah hari Rabu, termasuk di Lembah Klang, Melaka dan Pahang.

    KLIA juga dilaporkan dalam keadaan malap sebelum bekalan kuasa dipulihkan secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang kira-kira lima minit kemudian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...