Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiada perancangan kembalikan Felda United FC

    KUCHING, 3 FEB – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak mempunyai perancangan untuk memasukkan semula Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United FC) dalam kancah bola sepak tempatan buat masa ini, kata Pengerusinya Tan Sri Idris Jusoh.

    Beliau berkata Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu bagi meningkatkan nilai dan prestasinya.

    “Buat masa kini tidak ada (perancangan) kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk Felda tetapi kita masih gerakkan Akademi Bola Sepak Felda untuk melatih belia dan pelajar dalam sukan bola sepak,” katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini, Idris berkata Felda membelanjakan hampir RM500,000 setahun untuk akademi berkenaan.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus peminat bola sepak negara di media sosial yang berharap untuk melihat semula aksi Felda United FC di pentas sukan bola sepak dalam masa terdekat.

    Pada Oktober 2020, Felda mengesahkan penarikan diri Felda United FC dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) sama ada saingan Liga Super mahupun Liga Premier. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...