Tiada perarakan sambutan Maulidur Rasul di Sarawak

KUCHING, 26 OKT – Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak tahun ini akan diadakan tanpa perarakan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi hari ini berkata penganjuran sambutan ini akan dibuat berdasarkan garis panduan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Sambutan Maulidur Rasul boleh diadakan di masjid dan surau masing-masing di seluruh negeri tetapi tidak dibenarkan mengadakan perarakan. Jadi kita di peringkat negeri pun sama,” katanya ketika ditemu bual Stesen Radio SarawakFM di sini. – Bernama