Tiada perlawanan ulangan Piala FA

LONDON, 13 OGOS – Perlawanan ulangan Piala FA akan dibatalkan bagi musim 2020-2021 bagi memudahkan beban kelab semasa pandemik koronavirus, perkara tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) hari ini.

Dengan jadual permulaan yang dipendekkan sebulan kemudian dari jadual biasa pada bulan September, terdapat lebih banyak tekanan dengan jadual perlawanan yang sudah sibuk.

FA telah mengambil keputusan bahawa kesemua perlawanan Piala FA akan ditentukan pada hari perlawanan berbanding membenarkan untuk mengadakan perlawanan ulangan.

“Bagi membantu meringankan tekanan jadual perlawanan bola sepak, perlawanan ulangan adalah ditiadakan bagi musim 2020-2021,” menurut kenyataan dari FA.

“Selepas dua musim hadiah bagi menjuarai kejohanan telah meningkat, (namun bagi musim 2020-2021) hadiah bagi Piala FA Emirates akan dikembalikan seperti peringkat 2017-2018 disebabkan oleh kesan kewangan pandemik COVID-19.”

Perubahan signifikan turut diambil oleh Liga Bola Sepak Inggeris kepada Piala Liga bagi membantu pasukan-pasukan menangani jadual perlawanan. – AFP