Tiada perubahan dasar minyak – Abdulaziz

ABU DHABI, 9 SEPT – Menteri tenaga baharu Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman hari ini dilaporkan menyokong pengawalan pengeluaran minyak untuk mengatasi bekalan berlebihan, tatkala negara pengeluar utama bersedia untuk membincangkan pemotongan baharu.

Dalam komen pertamanya sejak dilantik oleh ayahnda-nya Raja Salman semalam, menteri itu memberikan petunjuk bahawa tidak adanya perubahan besar dalam dasar di Arab Saudi, pemimpin de facto OPEC yang mengepam kira-kira satu pertiga daripada minyak kartel.

“Tunggak dasar minyak kami telah ditetapkan dan tidak akan berubah,” kata beliau menurut penyiar Saudi Al-Arabiya.

Putera itu berada di Abu Dhabi untuk menghadiri Kongres Tenaga Dunia, diikuti oleh satu mesyuarat OPEC + Jawatankuasa Pengawasan Menteri-Menteri Bersama (JMMC) pada Khamis, yang mengawasi perjanjian pemotongan bekalan yang dicapai pada tahun lalu.

Menteri-menteri akan menimbang pemotongan baharu, walaupun penganalisis berasa ragu tindakan sedemikian akan berjaya dalam menambah harga minyak mentah yang telah pun terjejas teruk oleh perang perniagaan AS-China.

Bagaimanapun, Putera Abdulaziz memberikan sokongannya di sebalik pengurangan pengeluaran seterusnya untuk mengimbangi pasaran minyak mentah.

“Mengurangkan keluaran akan memanfaatkan semua anggota OPEC,” beliau dilaporkan sebagai berkata. – AFP

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman (kiri) dan ketua Keselamatan Negara UAE, Hazza bin Zayed al-Nahyan menghadiri majlis pembukaan Kongres Tenaga Dunia (WEC) ke-24 di ibu negara UAE Abu Dhabi, kelmarin. – AFP