Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tiada produk Mi Sedaap tercemar dikesan di negara ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Autoriti Makanan Brunei Darussalam (BDFA) mengesahkan tiada kemasukan dua produk Mi Sedaap iaitu Korean Style Spicy Soup Instant Noodle dan Korean Style Spicy Chicken Flavoured Instant Noodle ke negara ini dengan tarikh luput seperti yang dinyatakan, setelah menghubungi pengimport produk jenama berkaitan di negara ini.

    BDFA dalam kenyataannya memaklumkan bahawa dua produk terbabit telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) berikutan hasil ujian makmal yang melaporkan kehadiran sejenis racun perosak, etilena oksida, dalam produk itu.

    Dua produk mi segera yang terbabit adalah keluaran Indonesia iaitu Korean Style Spicy Chicken Flavoured Instant Noodle yang mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023 dan Korean Style Spicy Soup Instant Noodle dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

    Etilena oksida merupakan sejenis racun perosak yang tidak dibenarkan dalam makanan dan akan menimbulkan masalah kesihatan jika terdedah dalam jangka masa panjang.

    BDFA juga mengingatkan orang awam akan peruntukkan di bawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182), bahawa sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama lima tahun atau dikenakan suatu denda atau kedua-duanya sekali.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan bagi keterangan lanjut boleh menghubungi BDFA di Unit 2G2 : 01, Tingkat 2, Blok 2G, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, atau menghubungi menerusi talian 2237417, 2237476 dan 2237314 atau e-mel kepada info@bdfa.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...