Tuesday, March 21, 2023
23.1 C
Brunei

-

Tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi – Zambry

PUTRAJAYA, 7 FEB – Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi, berdasarkan laporan yang diterima daripada Malaysian Honorary Council di negara itu.

Zambry dalam satu kenyataan hari ini berkata memandangkan gegaran susulan dijangka berlaku, rakyat Malaysia di Syria telah dinasihatkan supaya senantiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta nasihat terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga mengucapkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa serta kepada kerajaan dan rakyat Syria.

“Malaysia sedang siap sedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban rakyat di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat semalam,” menurut kenyataan itu.

Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dan 7.6 telah melanda selatan Turkiye pada Isnin yang turut menjejaskan negara jiran Syria.

Menurut kemas kini terbaru yang dikeluarkan agensi Anadolu, bencana itu sudah meragut sekurang-kurangnya 3,419 nyawa di Turkiye manakala 1,559 orang terbunuh di Syria. – Bernama

Zambry (kanan) ketika sidang media pada majlis perlepasan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berlepas ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -