Sunday, March 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada rehat untuk Harry Kane – Mauricio Pochettino

    LONDON, 29 Sept – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino (gambar bawah) tidak mempunyai rancangan untuk merehatkan Harry Kane, kerana penyerang itu mahu menjaringkan lebih banyak gol untuk memberikan tekanan ke atas kedua-dua kelab Manchester di persada Liga Perdana.

    Penyerang England itu, dalam prestasi cemerlang dalam kejohanan domestik dan Eropah, telah menjaringkan sembilan gol dalam lima perlawanan, termasuk hatrik di APOEL Nicosia dalam aksi Liga Juara-Juara. Glenn Hoddle, baru-baru ini diundi sebagai pemain terbaik Tottenham, berkata Kane mampu menjadi penyerang terbaik kelab, satu pendapat yang disokong oleh Pochettino.

    “Harry masih muda,” kata bos Spurs itu. “Bagi saya dia adalah antara penyerang terbaik dunia. Dia masih muda dan mampu memperbaiki diri.

    “Dia seorang profesional. Ia adalah untuk menjelaskan perkataan untuk menggambarkan Harry tetapi dia adalah antara yang terbaik dunia.”

    Pochettino, yang mana pasukannya akan berkunjung ke Huddersfield Town Sabtu ini, tidak mempunyai rancangan untuk melindungi pemain berusia 24 tahun itu bagi perlawanan-perlawanan besar dan mengesahkan bahawa dia tidak akan diberikan rehat pada masa ini.

    “Mungkin di masa depan kami memikirkan penggiliran. Tetapi ketika ini dia dalam kedudukan yang sangat bagus,” katanya.

    “Kami akan berharap untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada pemain. Harry menunjukkan keadaan yang menakjubkan dan tiada ada sebab untuk menggilirkan atau merehatkannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda