Tiada saksi pada perbicaraan Suu Kyi

YANGON, 5 OKT – Bekas pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi tidak akan memanggil saksi pada perbicaraan menghasut di mahkamah junta, kata peguamnya hari ini, ketika tentera mengemukakan satu lagi pertuduhan jenayah ke atas wartawan AS yang ditahan.

Suu Kyi mula dibicarakan pada Jun, empat bulan selepas beliau ditahan dalam satu kudeta yang mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran.

Pemenang anugerah Noble berusia 76 tahun itu berhadapan pelbagai tuduhan, daripada menghasut sehinggalah import haram walkie-talkie yang mungkin mengakibatkan beliau dipenjarakan berdekad-dekad.

Suu Kyi dan bekas presiden, Win Myint ‘tidak akan mengemukakan saksi’ dalam pertahanan mereka, peguamnya Khin Maung Zaw berkata selepas perbicaraan terkini bagi pertuduhan menghasutnya.

Suu Kyi dijangka memberikan ke-terangan dalam perbicaraan pada 26 Oktober, tambahnya. – AFP

Gambar fail 2019 menunjukkan orang ramai menyertai rapat umum menyokong Aung San Suu Kyi yang kini dalam tahanan junta dan dibicarakan atas pelbagai tuduhan. – AP