Tiada Salah di kelayakan Piala Dunia

JOHANNESBURG, 30 OGOS – Bintang Liverpool, Mohamed Salah tidak menyertai perlawanan kelayakan dalam fasa kumpulan di Afrika untuk Piala Dunia 2022 yang akhirnya bermula pada Rabu ini kerana sekatan perjalanan koronavirus.

Salah bermain untuk skuad kebangsaan Mesir, yang berada dalam ‘senarai merah’ United Kingdom dan dia harus dikuarantin selama 10 hari ketika dia kembali dari tanah airnya, yang mana akan mengetepikannya sebanyak empat perlawanan.

Kedua-dua badan dunia FIFA dan konfederasi Afrika CAF telah membuat rayuan, tetapi tidak berjaya, dengan Perdana Menteri Britain,

Boris Johnson mengecualikan pemain bola sepak Afrika daripada tugasan Piala Dunia.

Bintang-bintang di negara-negara Eropah lain juga terkesan ketika wabak itu terus melanda jadual kumpulan Afrika yang sudah tiga kali ditangguhkan. – AFP