Tiada sekatan pergerakan bahan makanan

KOTA KINABALU, 27 MAC – Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan bahawa semua pergerakan dan pengangkutan ‘per-khidmatan penting’ dan ‘barang keperluan’ seperti bahan makanan, sayur-sayuran, buah-buahan, dan ikan antara daerah tidak disekat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata hasil laporan dari lapangan mendapati bahawa masih terdapat kekeliruan tentang pengangkutan dan pergerakan barang keperluan dan perkhidmatan penting.

“Kerajaan Sabah telah memutuskan melalui mesyuarat Pusat Perintah COVID-19 Sabah pada hari agar menjelaskan bahawa semua pergerakan dan pengangkutan perkhidmatan penting dan barang keperluan adalah dibenarkan dan tidak disekat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini. – Bernama