Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Tiada sidang DUN Sarawak hingga 2 Februari 2022

KUCHING, 4 OGOS – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan berlangsung sepanjang tempoh darurat di negeri ini bermula 2 Ogos hingga 2 Februari 2022, kata Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar hari ini.

Beliau berkata mengikut Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 selagi darurat berkuat kuasa, peruntukan bagi Persidangan DUN dalam Perlembagaan Negeri Sarawak tidak mempunyai kesan.

“Bermula 7 Jun hingga 1 Ogos, kedudukan Dewan Undangan Negeri bergantung kepada Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 15(1)(b) Ordinan Darurat terdahulu.

“Dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) Sarawak 2021, tempoh DUN diteruskan dari 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022,” katanya dalam sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -