Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tiada suntikan, tiada kerja’

    WELLINGTON, 11 OKT – New Zealand mengumumkan dasar baharu ‘tiada vaksin, tiada kerja’ bagi kebanyakan pekerja penjagaan kesihatan dan guru-guru demi mencegah penularan COVID-19.

    “Kita akan menjadikannya sebagai mandatori,” kata Menteri Tindak Balas COVID-19, Chris Hipkins yang juga menteri pendidikan.

    Doktor-doktor, jururawat dan pekerja barisan hadapan perlu disuntik dua kali menjelang 1 Disember sementara orang yang bekerja di sektor pendidikan yang membuat kontak rapat dengan para pelajar harus mempunyai dua dos menjelang 1 Januari 2022.

    Royal New Zealand College of General Practitioners menyokong vaksinasi mandatori dengan presiden Samantha Murton menyifatkannya sebagai ‘gesaan berani tetapi perlu’ untuk dilakukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda