Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada tempoh tetap perintah berkurung di ESSzone

    KOTA KINABALU, 17 Ogos – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada tempoh masa ditetapkan untuk pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

    Beliau berkata perintah berkurung akan terus dilaksanakan selagi terdapat ancaman di pantai timur Sabah.

    “Tiada apa-apa ‘time frame’ untuk pelaksanaan perintah berkurung di ESSZone. Kita akan terus menguatkuasakan apa sahaja undang-undang untuk memastikan keadaan di Sabah, khususnya di pantai timur Sabah sentiasa selamat.

    “Perintah berkurung ini perlu dilaksanakan bagi menjaga keselamatan pelancong, pekerja dan masyarakat di kawasan ESSZone. Kita tidak mahu mereka terus diancam oleh penculik dari negara jiran,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) melakukan pemeriksaan kawalan keselamatan terhadap para anggota polis pada lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kepayan kelmarin.?– Bernama
    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) melakukan pemeriksaan kawalan keselamatan terhadap para anggota polis pada lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kepayan kelmarin.?– Bernama

    Perintah berkurung di ESSZone itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

    Perintah berkurung di ESSZone kini memasuki fasa ke 71 dan akan berakhir 26 Ogos ini, sebelum dilanjutkan semula.

    Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya itu, Khalid berkata ia bertujuan meninjau dan mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengenai perancangan serta tindakan yang akan diambil untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan di Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda