Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tiada unsur pemerdagangan manusia – Saifuddin Nasution 

    JOHOR BAHRU, 20 JAN – Kejadian seorang kanak-kanak lelaki warga asing yang ditemukan di dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada hari Selasa lepas, tidak mengandungi sebarang unsur jenayah pemerdagangan manusia.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Fahim itu ditemukan dalam sebuah kontena yang dibawa kapal dari Bangladesh.

    “Dia satu-satunya yang ditemukan (dalam kontena) jadi laporan polis dibuat, disiasat dan dia dibawa ke pemeriksaan kesihatan. Kebetulan kanak-kanak ini demam dan kemudiannya proses dilakukan untuk dia dihantar pulang mengikut saluran undang-undang.

    “Kita dapati tiada aspek menjurus kepada unsur permerdagangan manusia, ini kerana siasatan awal dia masuk (kontena) kemudian tertidur dan tiba sampai sini. Pihak berkuasa telah buat siasatan, pastikan dia sihat dan kemudian proses penghantaran pulang. Itu sahaja,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu ditemukan di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena yang berasal dari Chittagong, Bangladesh.

    Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata beliau dijangka bertemu dengan rakan sejawatnya di Nepal, Bangladesh dan Indonesia hujung bulan ini bagi menerangkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia.

    Beliau berkata pelan itu melibatkan lima sektor dan subsektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja). – Bernama

    Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kejadian seorang kanak-kanak lelaki warga asing yang ditemukan di dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini, tidak mengandungi sebarang unsur jenayah pemerdagangan manusia.– Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...