Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Tiada warga Malaysia dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Kementerian Luar Malaysia mengesahkan sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan pada Sabtu lepas.

    Menterinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bagaimanapun berkata seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil. 

    Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini dengan menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu bapa beliau ke Korea.

    “Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...