Tiada yang cedera insiden pokok tumbang

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), kelmarin, telah menerima panggilan kecemasan mengenai sepohon pokok rambutan berukuran 5 meter panjang dan 20 sentimeter garis pusat yang rebah ke sebahagian atap garaj rumah bagaimanapun tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, lima orang anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh ASO Haji Rossaini bin Haji Abdul Rahman dari Balai Bomba Pengkalan Batu dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 7:05 pagi di Kampung Junjongan.

Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok itu menggunakan gergaji rantai.

Sehubungan dengan itu, JBP menyarankan supaya menggelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan, pokok yang ditanam mesti sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal serta tidak meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar dikhuatiri perkara tidak diingini berlaku.

Sepohon pokok rambutan dilaporkan rebah ke sebahagian atap garaj rumah di Kampung Junjongan, kelmarin.