Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ‘Tibo’ kapten skuad PUFC

    KANGAR, 31 JAN – Teka-teki siapakah yang akan mengepalai Perlis United Football Club (PUFC) terjawab apabila Azmizi Azmi atau dikenali sebagai ‘Tibo’ diberi kepercayaan untuk membimbing rakan pasukan beraksi di Liga Malaysia Divisyen 3 (M3) yang akan membuka tirai 12 Februari ini.

    Jurulatih PUFC, Azizul Abidin berkata beliau memilih Azmizi, 35, kerana yakin dengan kemampuan anak jati Kuala Perlis itu untuk membimbing rakan pasukan di padang.

    “Daripada penilaian saya, Azmizi mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan ia terbukti ketika  aksi persahabatan bersama Bukit Tambun FC (BTFC) pada 22 Januari lepas apabila Perlis United seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

    Pemain pertahanan itu pernah menyarung jersi pasukan Kedah,
    Felda United, Perak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...