Tidak ada lagi burung gergasi Big Bird

Tiada lagi kicauan burung kuning gergasi Big Bird dan Oscar the Grouch menerusi rancangan televisyen kanak-kanak Sesame Street yang berbentuk pendidikan.

Pelakon suara watak Big Bird dan Oscar the Grouch, Caroll Spinney disahkan meninggal dunia di usia 85 tahun di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sesame Workshop, Caroll meninggal dunia setelah sekian lama menghidap gangguan saraf ‘dytonia’, menyebabkan per-gerakan otot sukar dikawal.

Caroll membawa watak Big Bird selama lebih 50 tahun, sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara daripada Sesame Street tahun lalu dan memilih sendiri pengganti bagi membawa watak tersebut. – Agensi

Caroll membawa watak Big Bird selama lebih 50 tahun, sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara daripada Sesame Street tahun lalu. – Agensi