Tidak ada mukim catat jangkitan COVID-19 lebih 80 kes

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Dari 14 hingga 20 November, tidak ada mukim yang mempunyai jangkitan COVID-19 melebihi 80 kes.

“Walau bagaimanapun, terdapat tiga buah mukim yang mempunyai kes positif di antara 40 hingga 80 kes,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini.

Yang Berhormat Dato semasa sidang media hari ini berkata menerusi penelitian dijalankan, mukim-mukim yang mencatatkan kes jangkitan melebihi 40 itu ialah Mukim Kilanas iaitu sebanyak 58 kes, Mukim Berakas ‘B’ sebanyak 51 kes dan Mukim Sengkurong sebanyak 43 kes. Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) masing-masing dan sentiasa berwaspada terutama ketika berada di tempat-tempat yang mempunyai jumlah kes positif yang tinggi.