Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak ada tindakan disiplin atas kejadian serangan dron

    WASHINGTON, 14 DIS – Pentagon berkata kelmarin tiada anggota askar AS atau pegawai akan berdepan tindakan disiplin berhubung kejadian serangan dron di Kabul pada Ogos lalu yang telah membunuh 10 penduduk Afghan, termasuk tujuh kanak-kanak.

    Jurucakap John Kirby berkata Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin telah menerima penilaian peringkat tinggi mengenai serangan yang tiada membuat rekomendasi kebertanggungjawapan.

    “Kes itu belum cukup kuat untuk didapatkan kebertanggungjawapan peribadi,” terang Kirby.

    Aimal Ahmadi, 32, telah kehilangan anak perempuan berusia tiga tahun, abang dan enam anak saudara lelaki dan perempuan dalam serangan itu, menyatakannya dengan marah di keputusan itu hari ini.

    “Tuhan akan balas,” kata Ahmadi, tambahannya lagi “bagaimanakah jika AS kehilangan anak? Apakah reaksi yang akan berlaku?”

    Taliban menggesa Washington untuk menarik balik keputusan itu, dengan jurucakap berkata AS harus menghukum pelakunya dan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa”.

    Serangan dron pada 29 Ogos itu berlaku pada hari terakhir AS keluar dari Kabul selepas Taliban mengambil alih negara itu.

    Pegawai kerajaan AS berkata mereka mempunyai maklumat mengenai kemungkinan serangan terhadap Islamic State ke atas operasi pemindahan di lapangan terbang Kabul, dan serangan peluru berpandu dari dron ke sasaran yang disangka sebuah kereta dipenuhi senjata api.

    Sebaliknya, mereka menyerang sebuah keluarga termasuk seorang lelaki Afghan yang bekerja untuk pasukan bantuan AS dan tujuh kanak-kanak. – AFP

    Poster imej saudara Aimal Ahmadi, yang kehilangan nyawa mereka berikutan serangan dron AS yang salah diarahkan pada 29 Ogos, dipasang di bahagian atas rumahnya di Kabul pada 14 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda