Tidak akan bertanggungjawab

Pada 10 Julai yang lalu, selepas tersebarnya berita yang mengkhabarkan ibu kepada pelakon Kim Hye Soo dalam kontroversi mengenai jumlah hutangnya yang amat besar iaitu AS$1.1 juta, perwakilan Kim Hye Soo mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai respons mengenai berita tersebut.

Wakil kepada Kim Hye Soo berkata, “Ibu Kim Hye Soo dikenali sebagai punca isu berhutang sejak 10 tahun yang lalu. Bukan sahaja Kim Hye Soo tidak mengetahui mengenai perbuatan jenayah yang ibunya telah lakukan itu, tetapi beliau tidak pernah menerima apa-apa yang menguntungkan beliau daripada ibunya.

“Beliau telah dibebani dengan hutang yang telah dibuat atas nama ibunya.

“Dalam tahun 2012, Kim Hye Soo mengalami kesulitan yang besar akibat hutang ibunya, yang mana pelakon itu tidak dapat melangsaikannya walaupun dengan memberi keseluruhan hartanya.

Selepas berjanji tidak akan menimbulkan perkara seperti itu lagi, beliau telah memutuskan semua hubungan dengan ibunya ketika itu.”

Beliau juga telah menekankan bahawa Kim Hye Soo tidak akan bertanggungjawab lagi ke atas kesalahan-kesalahan yang telah dibuat oleh ibunya.

Wakil Kim Hye Soo berharap semua media termasuk orang awam untuk tidak menyebarkan apa sahaja berita palsu atau khabar angin yang boleh merosakkan nama baik pelakon itu. – Agensi

Kim Hye Soo mengatakan beliau tidak ada kena mengena dengan hutang ibunya sebanyak AS$ 1.1 juta itu. – Agensi