‘Tidak boleh raikan jaringan di CSL’

SHANGHAI, 20 MEI – Aksi Liga Super China (CSL) bersedia untuk disambung semula namun antara cadangan awal bagi peraturan saingan berkenaan ialah pemain tidak dibenarkan meraikan jaringan dan perlawanan diadakan tanpa kehadiran penonton.

CSL menjangkakan sambungan aksi musim ini akan dibuat pada hujung Jun atau awal Julai dan badan bola sepak China sudah membuat perancangan terperinci untuk menjaga keselamatan pemain serta peminat.

Persatuan Bolasepak China (CFA) tertarik dengan langkah yang digunakan di Liga Korea Selatan dan Bundesliga, menyambung semula saingan walaupun masih ada kegusaran mengenai COVID-19.

CSL akan memulakan aksi tanpa penonton sama seperti K-League dan Bundesliga, sebelum peminat dibenarkan datang ke stadium peringkat demi peringkat. – AFP