Tidak lagi galas jawatan di JPM, BMR

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bahawa perkhidmatan Datin Seri Paduka Hajah Elinda binti C.A Mohamed tidak lagi dikehendaki dalam jawatan timbalan menteri di JPM mahupun sebagai pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR) yang berkuat kuasa mulai 18 Januari 2020.