Tidak mahu bawa anak

PENYANYI Celine Dion berkata dia lebih senang membawa dua ekor anjing peliharaan ketika siri jelajah konsert berbanding anak-anaknya. Menurut laporan Hollywood Reporter, Dion memberitahu dia tidak mahu mengganggu waktu persekolahan anak-anak dan mahu mereka fokus kepada pelajaran.

“Ya, saya akan bawa dua ekor anjing kesayangan Charlie dan Bear ke beberapa lokasi jelajah. Tapi tidak semua lokasi kerana ada bandar yang mengenakan kawalan ketat terhadap haiwan. Saya tak mahu bawa anak kerana bimbang mengganggu jadual sekolah mereka. Sudah pasti saya pasti akan merindui mereka. Kalau boleh mahu mereka sentiasa ada di sisi tetapi sekolah juga penting. Sekarang ini sudah ada pelbagai teknologi, saya boleh berhubung dengan mereka bila-bila masa melalui telefon. Jadi anak-anak okay sahaja!,” katanya.

Hasil perkahwinan dengan mendiang Rene Angelil, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rene-Charles, 18 tahun serta pasangan kembar Eddy dan Nelson yang kini berusia lapan tahun. Dalam perkembangan lain, Dion bakal mengadakan konsert jelajah Celine Dion Courage World Tour bermula September ini. – Agensi

Menurut laporan Hollywood Reporter, Dion memberitahu dia tidak mahu mengganggu waktu persekolahan anak-anak dan mahu mereka fokus kepada pelajaran. – Agensi