Tidak memakai penutup mulut dan hidung antara kesalahan dikesan
Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Sembilan buah premis perniagaan telah didapati tidak mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dan dikenakan denda kompaun keseluruhannya berjumlah $1,750 semasa beberapa Operasi Merati yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dari 11 hingga 17 Januari lalu di premis-premis perniagaan di keempat-empat daerah. Menurut kenyataan yang





























