Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak memberus gigi selama 20 tahun

    SEWAKTU kecil, kita sering dipaksa oleh orang tua supaya sentiasa memastikan kebersihan diri dengan mandi, membersihkan tangan serta memberus gigi dengan sempurna. Tetapi, biasalah, perkara sebegitu sering tidak disukai oleh kanak-kanak.

    Tetapi jika anak-anak dilatih dan dididik dengan penuh disiplin, penjagaan diri mereka pastinya akan terjamin. Lama-kelamaan apabila mereka semakin membesar, mereka pasti sudah mengetahui akan kepentingan kebersihan diri dan bertindak mempraktikkannya dengan sebaik mungkin.

    Tetapi berbeza dengan lelaki ini, dia tidak pernah menguruskan kebersihan dirinya dengan baik.

    Berusia 21 tahun, seorang lelaki dari Britain, yang dikenali sebagai Jay, boleh tidak dikatakan tidak pernah memberus gigi sepanjang hidupnya.

    Tambahan pula, pengamalan gaya pemakanan yang tidak sihat telah menyebabkan kerosakan teruk pada giginya.

    Berusia 21 tahun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jay dikatakan tidak pernah memberus gigi sepanjang hidupnya.
    Berusia 21 tahun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jay dikatakan tidak pernah memberus gigi sepanjang hidupnya.

    Tambahan pula, pengamalan gaya pemakanan beliau yang tidak sihat telah menyebabkan kerosakan teruk pada giginya.
    Tambahan pula, pengamalan gaya pemakanan beliau yang tidak sihat telah menyebabkan kerosakan teruk pada giginya.
    Doktor gigi tersebut telah melakukan satu prosedur kecantikan gigi yang dikenali sebagai veneer bagi membantu meningkatkan warna, bentuk dan posisi gigi selain memperbaiki gigi yang telah rosak. Dengan penampilan terbaru, lelaki tersebut kelihatan lebih kacak.
    Doktor gigi tersebut telah melakukan satu prosedur kecantikan gigi yang dikenali sebagai veneer bagi membantu meningkatkan warna, bentuk dan posisi gigi selain memperbaiki gigi yang telah rosak. Dengan penampilan terbaru, lelaki tersebut kelihatan lebih kacak.

    Semestinya, bertemu dengan seorang doktor bagi mendapatkan rawatan pergigian adalah satu detik yang mendebarkan semua orang. Jadi, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjaga gigi supaya kita tidak perlu menghadapi saat-saat menggerunkan itu.

    Menerusi rancangan Embarassing Bodies, Jay telah memaklumkan bahawa semenjak kecil, dia tidak pernah digalakkan untuk menjaga kebersihan gigi. Justeru, dia terus mengabaikan aspek penjagaan gigi sehinggalah pada usia 21 tahun, dia mula hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

    Hal ini menyebabkan lelaki ini tekad untuk bertemu dengan doktor gigi iaitu Dr. James Russell bagi menyelamatkan masa depan giginya. Apa yang mengejutkan adalah, doktor tersebut telah meminta lelaki ini supaya mengubah seratus peratus gaya hidupnya jika dia mahu gigi barunya terus terjaga.

    Dr.James Russel telah melakukan satu prosedur kecantikan gigi yang dikenali sebagai veneer bagi membantu meningkatkan warna, bentuk dan posisi gigi selain memperbaiki gigi yang telah rosak. Veneer gigi ini diperbuat daripada lapisan nipis porselin yang dipasang bagi menutup bahagian permukaan gigi depan.

    Dengan penampilan baru ini, lelaki tersebut kelihatan lebih kacak kerana memiliki senyuman yang menawan. Jika anda tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti lelaki ini, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan gigi anda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda