Tidak mengaku curi gelang, rantai emas

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan mencuri dua gelang emas dan seutas rantai emas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini.

Yee Fong Chin, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim yang kemudian menetapkan 23 November 2019 untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Lubok Rumbia, Kuala Belait antara 27 Oktober dan 2 November 2019.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’ izzah binti Haji Sabli.