Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tidak perlu lagi tunjuk bukti vaksinasi

    SEOUL, KOREA SELATAN, 28 FEB – Korea Selatan tidak lagi mengehendaki penduduknya untuk menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian negatif untuk memasuki mana-mana kawasan tertutup bermula esok, membatalkan langkah pencegahan penting semasa kemunculan Omicron yang menambah kemasukan ke hospital dan kematian.

    Pengumuman Kementerian Kesihatan hari ini muncul ketika negara itu mencatatkan satu lagi rekod dalam kematian COVID-19 sebanyak 114 daripada sebelumnya 112 pada Sabtu.

    Lebih 710 pesakit COVID-19 dalam keadaan kritikal atau serius, meningkat dari 200 hingga 300 pada pertengahan Februari, sementara hampir separuh dari unit rawatan rapi di negara itu yang direka untuk menempatkan pesakit COVID-19 telah dipenuhi.

    Park Hyang, pegawai kanan kementerian kesihatan, berkata pembatalan ‘pas anti-epidemik’ akan membebaskan lebih banyak kakitangan kesihatan untuk membantu memantau hampir 800,000 pesakit virus dijangkiti simptom ringan atau sederhana yang diminta untuk mengasingkan diri di rumah bagi mengurangkan ruang hospital.

    Sekitar 250,000 orang sehari dalam minggu lalu menerima ujian pantas antigen percuma di pejabat kesihatan awam dan stesen ujian.

    Menurut kementerian, kira-kira separuh daripadanya datang dari bukti ujian negatif 24 jam.

    Sejak Disember, orang dewasa dikehendaki untuk menunjukkan status vaksinasi mereka menerusi aplikasi telefon pintar atau menunjukkan bukti ujian negatif untuk memasuki ruang sesak seperti restoran, kedai kopi, gim dan pusat karaoke. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...