Tidak sedar peluru tertanam dalam lengan

15 tahunSYDNEY, 11 Januari 2002 – Seorang budak perempuan Australia berusia 9 tahun terkena peluru sesat ketika pertunjukan bunga api sehari sebelum Tahun Baru di Sydney dan tanpa menyedari membawanya selama 10 hari.

Budak perempuan itu mengalami luka bunga api di lengan kanan ketika beliau menyaksikan pertunjukan itu dengan keluarganya di luar bandar Sydney, Belfield, kata polis.

“Kecederaan pada mulanya disangka berpunca daripada bunga api, dirawat di hospital dan dibenarkan pulang,” kata sarjan polis, Neil Hallinan.

“Bagaimanapun, gambar x-ray diambil dan telah menunjukkan sebutir peluru terbenam dalam lengan dan keluarganya menghubungi polis,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Polis berkata, nampaknya tembakan dilepaskan ke udara ketika sambutan sehari sebelum Tahun Baru dan budak perempuan itu, yang namanya tidak disiarkan, terkena peluru semasa ia jatuh ke bumi.

Sementara ia adalah amalan biasa di beberapa negara, melepaskan tembakan ke udara semasa perayaan dan acara awam lain tidak pernah didengari di Australia.