Tidak tahan dengan perangai aneh suami

Desas-desus mengenai bintang sensasi Kim Kardashian yang dikhabarkan mahu menceraikan suaminya Kanye West gara-gara sudah tidak tahan dengan perangai ‘gila’ penyanyi rap itu nampaknya semakin bertiup kencang.

Menurut laporan portal Radaronline.com, seorang individu yang rapat dengan pasangan itu mendedahkan Kim mula hilang sabar dengan suaminya apabila Kanye dikatakan sudah hilang akal dan semakin taksub dalam berdakwah (evangelist).

Selain itu, Kanye juga dikatakan sedang melalui fasa yang agak sukar apabila gagal mengawal kesihatan mentalnya. “Perkahwinan mereka semakin aneh dan Kim tidak bahagia. Dia semakin tertekan lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan dengan mood Kanye yang tidak menentu selain penyakit mental (manic episodes) yang dihidapinya. Kanye berada dalam keadaan yang amat buruk dan sangat sukar untuk Kim untuk berdepan dengannya,” ujar sumber itu.

Bulan lalu Kanye baharu melancarkan album yang berinspirasikan ketuhanan. Selain itu, dia turut menunjukkan perangai pelik apabila mengecat dan menutupi seluruh tubuhnya dengan kain berwarna silver ketika membuat persembahan opera. – Agensi

Kim Kardashian sudah tidak tahan dengan perangai pelik suaminya yang berdepan dengan mod yang tidak menentu. – Agensi