Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tierney bakal terlepas baki perlawanan musim ini

    LONDON, 6 APRIL – Pemain bek kiri Arsenal, Kieran Tierney bakal terlepas baki musim ini kerana kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan.

    Tierney berasa tidak selesa selepas sesi latihan pada Khamis lalu dan tidak hadir ketika Arsenal tewas 3-0 di Crystal Palace dalam Liga Perdana pada Isnin lalu.

    Pemain antarabangsa Scotland tersebut menjalani imbasan dan selepas rundingan kelmarin, telah diputuskan bahawa dia harus menjalani pembedahan untuk masalah berkenaan dalam beberapa hari akan datang,” menurut Arsenal.

    “Program pemulihan Kieran akan bermula selepas pembedahannya, di mana tahap pemahaman yang lebih jelas akan diwujudkan mengenai skala masa pemulihannya,” kata kelab tersebut.

    “Bagaimanapun, kemungkinan Kieran akan terlepas baki perlawanan pada musim ini.”

    Scotland akan berharap bahawa Tierney akan cukup cergas untuk bermain dalam perlawanan playoff Piala Dunia menentang Ukraine pada Jun nanti. Pemenang akan bertemu Wales akhir bulan itu untuk bermain dalam kejohanan di Qatar. – AP

    Aksi Kieran Tierney (kanan) semasa perlawanan yang lalu sebelum dia diputuskan harus menjalani pembedahan bagi masalah kecederaan lutut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...