Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Tiffany Haddish, Common berpisah

-

Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon dan pelawak Tiffany Haddish akhirnya berpisah dengan penyanyi rap Common.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu kesibukan kerja dan tinggal berjauhan antara punca perpisahan mereka.

“Mereka tidak pernah berada di bandar yang sama dan kedua-duanya terlalu sibuk untuk menjalinkan hubungan yang serius,” kata sumber.

Bagaimanapun sehingga kini, Tiffany Haddish dan Common masih mengunci mulut mengenai berita perpisahan mereka. Sebelum ini, Tiffany Haddish mengesahkan dia dan Common mula bercinta sejak Ogos tahun lalu.

Tiffany membuat pendedahan tersebut ketika menjadi tetamu di program Steve-O berjudul Steve-O’sWildRide. – Agensi

Tiffany Haddish dan Common dilaporkan berpisah setelah menjalin hubungan cinta sejak Ogos tahun lalu. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -