Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tiga anak cheetah mati akibat gelombang panas

    NEW DELHI, 26 MEI – Tiga ekor anak cheetah yang dibawa ke India dari Afrika tahun lalu mati di Taman Negara Kuno di tengah India pada minggu lalu, kata pegawai hutan, ketika gelombang haba di rantau itu menyebabkan suhu meningkat.

    Tiga anak cheetah itu adalah yang pertama dilahirkan di India dalam lebih tujuh dekad.

    Setelah jumlahnya meningkat di India, cheetah telah pupus pada tahun 1952 akibat pemburuan dan kehilangan habitat. Ibu cheetah tersebut adalah antara 20 cheetah yang diterbangkan India dari Namibia dan Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memperkenalkan semula haiwan darat terpantas di dunia ke negara Asia Selatan itu.

    Anak cheetah yang pertama mati pada Selasa, mendorong doktor haiwan di taman negara di negeri Madhya Pradesh untuk memantau dengan teliti ibu dan tiga anaknya yang hidup.

    Anak-anak itu kelihatan lemah pada petang kelmarin apabila suhu meningkat kepada 47 darjah Celsius dan pihak berkuasa campur tangan untuk membantu haiwan itu.

    “Haiwan-haiwan itu lemah, kurang berat badan dan sangat dehidrasi dan dua daripadanya kemudian mati,” kata pegawai hutan dalam satu kenyataan.

    Anak cheetah terakhir yang masih hidup sedang dirawat di kemudahan penjagaan kritikal.

    Pegawai tidak menyatakan punca kematian tetapi gelombang panas terik di India dipercayai melemahkan anak-anak cheetah itu. Kadar kelangsungan hidup anak cheetah di alam liar dan kurungan adalah rendah, menurut pakar. – AP

    Dua ekor cheetah dilihat di dalam bahagian kuarantin sebelum dipindahkan ke India di rizab berhampiran Bella Bella, Afrika Selatan pada 4 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...