Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tiga anggota bomba terkorban dalam kebakaran

    BALTIMORE, 25 JAN – Tiga anggota bomba Baltimore terbunuh dan yang keempat cedera apabila sebahagian daripada sebuah rumah kosong runtuh ketika mereka sedang memadamkan kebakaran kelmarin, kata ketua bomba bandar itu.

    Jabatan Bomba bandar Baltimore berkata dalam satu kenyataan di laman sosial Twitter bahawa anggota bomba bertindak balas terhadap kebakaran di rumah tiga tingkat itu apabila empat anggotanya terperangkap di dalam. Kru mengalihkan timbunan serpihan untuk mengesan anggota bomba, kata jabatan itu.

    Ketua Niles R. Ford memberitahu sidang akhbar bahawa anggota bomba yang cedera, John McMaster telah dikeluarkan dari rumah serta-merta dan dibawa ke hospital, di mana dia disenaraikan dalam keadaan kritikal kelmarin. Dr Thomas Scalea dari Maryland Shock Trauma berkata McMaster menggunakan mesin bantuan nyawa.

    “Saya harap dia akan berjaya mengatasinya dan baik-baik sahaja,” kata Scalea. “Sukar untuk diketahui pada ketika ini.”

    Dua lagi anggota bomba disahkan meninggal dunia di hospital, kata Ford. Anggota bomba keempat yang terperangkap telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata ketua itu.

    Ford mengenal pasti mangsa yang maut sebagai Lt. Paul Butrim, anggota bomba paramedik, Kelsey Sadler dan EMT/anggota bomba, Kenny Lacayo. – AP

    Tiga anggota bomba Baltimore terbunuh dan yang keempat cedera apabila sebahagian daripada sebuah rumah kosong runtuh ketika mereka memadamkan kebakaran kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...