Tiga anggota polis hilang bot karam di Kalimantan

JAKARTA, 10 OGOS – Tiga orang anggota polis hilang ketika bot peronda mereka karam di perairan Pulau Tibi di wilayah Kalimantan Utara, media tempatan melaporkan hari ini.

Kemalangan berlaku semasa cuaca buruk pada malam Sabtu apabila enam orang anggota polis menjalankan satu rondaan di perairan Pulau Tibi, kata Ketua Pasukan Polis Air dan Udara Indonesia, Inspektor Jeneral Lotharia Latif memberitahu Detiknews kelmarin.

Polis berjaya menghubungi seorang anggota peronda ketika keadaan semakin memburuk dan segera mengerahkan bantuan serta berjaya menyelamatkan tiga orang anggota.

Pasukan mencari dan menyelamat masih mencari tiga yang hilang. – Xinhua