Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiga angkasawan selamat mendarat di bumi

    BEIJING, 4 DIS – Tiga angkasawan China mendarat di padang pasir utara hari ini selepas enam bulan bekerja menyiapkan pembinaan stesen Tiangong, lapor penyiaran kerajaan.

    Kapsul yang membawa komander Chen Dong dan angkasawan Liu Yang dan Cai Xuzhe mendarat di tapak pendaratan di Gurun Gobi utara China sekitar jam 8:10 malam, lapor syarikat penyiaran CCTV.

    Sebelum berlepas, mereka berkumpul bersama tiga rakan sekerja lain selama lima hari yang tiba pada Rabu dalam misi Shenzhou-15 untuk penginapan enam bulan mereka, menandakan kali pertama China mempunyai enam angkasawan di angkasa pada masa yang sama.

    Modul ketiga dan terakhir stesen berlabuh dengan stesen bulan ini.

    Angkasawan dibawa keluar dari kapsul oleh pekerja perubatan kira-kira 40 minit selepas mendarat. Mereka semua tersenyum dan kelihatan dalam keadaan baik melambai gembira kepada pekerja di tapak pendaratan.

    “Saya sangat bertuah kerana dapat menyaksikan penyiapan struktur asas stesen angkasa China selepas enam bulan di angkasa,” kata Chen, orang pertama keluar dari kapsul.

    “Seperti meteor, kami pulang ke tanah air,” ujarnya lagi.

    Tiga angkasawan itu adalah sebahagian daripada misi Shenzhou-14 yang dilancarkan pada Jun lalu. – AP

    Chen Dong melambai di luar kapsul Shenzhou-14 selepas mendarat dengan selamat di Dongfeng, Mongolia pada 4 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...