Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga astronaut ke angkasa Sabtu ini

    BEIJING, 14 OKT – China akan menghantar tiga angkasawan ke stesen angkasa lepas baharu, minggu ini, para pegawai mengesahkan hari ini, dalam misi Beijing paling panjang setakat ini.

    Ketiga-tiganya akan berlepas pada jam 12:23 pagi, Sabtu ini dari pusat pelancaran di gurun Gobi, China, kata China Manned Space Agency (CMSA) semasa sidang media hari ini.

    Mereka akan menghabiskan masa enam bulan dalam modul teras stesen angkasa lepas Tiangong, Tianhe.

    Misi mereka – dua kali lebih lama daripada sebelumnya – dihasratkan untuk menguji ‘teknologi penting’ bagi pemasangan Tiangong, kata timbalan pengarah CMSA, Lin Xiqiang. – AFP

    Ye Guangfu, Zhai Zhigang dan Wang Yaping semasa tiba bagi sidang media di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 14 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda