RIO DE JANEIRO, 15 Jan – Kira-kira tiga banduan telah dipancung dengan kejam kelmarin dalam sebuah penjara di utara Brazil, hanya beberapa hari selepas 100 tahanan terbunuh dalam penjara semasa pertumpahan darah berkaitan geng, kata para pegawai.
Keganasan meletus di pusat hukuman Alcacuz, yang terbesar di kerajaan Rio Grande do Norte, apabila anggota salah seorang geng telah memasuki ke tahanan sel geng pesaing lain.
“Terdapat kira-kira tiga banduan meninggal dunia kerana kami melihat kepala mereka,” kata pengurus penjara kerajaan, Zemilton Silva memberitahu media tempatan. Beberapa media tempatan berkata mungkin seramai 10 orang telah dibunuh.
Penjara itu, yang terletak di bandar negeri Natal, telah dibina bagi maksimum 620 orang namun telah menampung seramai 1,100 banduan. – AFP
































