Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tiga bangunan diarah roboh

    Oleh Ak Zaki Kasharan 
    Gambar serahan JPBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Tiga buah bangunan perusahaan penyimpanan jubin (tile) yang terletak di Kampung Rimba, Mukim Gadong telah diarahkan untuk menghentikan aktiviti dan merobohkan pembinaannya kerana melanggar Bab 23(2), Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO) iaitu menjalankan kegiatan perusahaan dan membina tambahan bangunan untuk kegiatan berkenaan tanpa kebenaran perancangan.

    Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dalam kenyataan hari ini, menjelaskan kegiatan penyimpanan jubin itu dijalankan di atas tiga tanah untuk kediaman yang tidak sesuai bagi tujuan penyimpanan barang perusahaan memandangkan ia terletak di kawasan perumahan.

    Di samping itu, tambahan bangunan yang digunakan sebagai penyimpanan bahan binaan itu melibatkan garis bangunan dan tidak teratur. 

    Selepas pemantauan dan pemeriksaan rutin dilakukan pada Julai 2022, pemilik telah mematuhi arahan pihak berkuasa dengan menghentikan aktiviti, merobohkan tambahan bangunan dan membersihkan kawasan tersebut.

    Sehubungan itu, JPBD mengingatkan orang ramai untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Bab 23 TCPO yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa kebenaran perancangan. 

    Kegagalan dalam mematuhi boleh dikenakan denda sepertimana di dalam Bab 23 (6) iaitu denda tidak melebihi $200,000; dan bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

    Bagi sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan orang ramai bolehlah menghubungi hotline JPBD di talian 8200222 atau e-mel tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    Antara bangunan yang diarahkan untuk diroboh kerana menjalankan kegiatan tanpa kebenaran.
    Keadaan gudang sebelum dan selepas (bawah) dirobohkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...