Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tiga beradik ringan tulang bantu keluarga

    PADANG BESAR – Tiga beradik yang menetap di Kampung Ayer Timbul, Chuping berusaha keras pada musim cuti sekolah lalu membantu keluarga mereka di samping mencari wang saku sendiri.

    Sejak bapa mereka, Mohd Asrul Rusman, 44, menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam adik beradik ini sentiasa ringan tulang membantu ibunya, Rohaida Md Jusoh, 45, untuk mengambil upah mengutip sayur dan melakukan kerja-kerja penternakan.

    Rohaida berkata anaknya, Mohd Ilham Mohd Asrul, 13, Mohd Idham Anuar Mohd Asrul, 11, dan Mohd Azham Mohd Asrul, 8, akan membantunya pada setiap kali cuti persekolahan untuk mencari wang saku sendiri di samping meringankan bebanannya untuk bekerja bagi mencari rezeki.

    “Setelah suami saya menjalani pembedahan, dia tidak lagi dapat bekerja kerana masalah tulang belakang dan sejak itu, saya mengambil upah mengutip sayur dengan upah sekitar RM30 sehari.

    “Selain itu, saya juga melakukan kerja-kerja penternakan memandangkan kami juga ada memelihara kambing di belakang rumah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Menurut Rohaida beliau juga hanya membenarkan anak-anaknya untuk membantu ketika cuti persekolahan bagi menggelakkan proses pembelajaran mereka terganggu.

    Ibu kepada enam cahaya mata ini berkata duit upah yang diperoleh anak-anaknya itu juga disimpan sendiri oleh mereka dan turut digunakan sebagai perbelanjaan wang saku ke sekolah.

    “Dengan bayaran upah itulah mereka simpan dan gunakan untuk perbelanjaan sekolah dan saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa bukan mudah untuk mendapatkan wang sekiranya tidak berusaha.

    “Alhamdulillah mereka memahami dan tidak pernah merungut untuk membantu saya mencari pendapatan pada setiap kali cuti persekolahan,” katanya.

    Tambah Rohaida anaknya juga terlibat di dalam Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) berikutan masalah pembelajaran manakala suaminya turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...