Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tiga berlepas ke stesen angkasa hari ini

    BEIJING, 28 NOV – Sebuah roket yang membawa tiga angkasawan untuk menyelesaikan pembinaan stesen angkasa China akan berlepas esok di tengah-tengah persaingan semakin sengit dengan Amerika Syarikat, kata kerajaan itu hari ini.

    Kru termasuk seorang veteran misi angkasa lepas 2005 dan dua angkasawan kali pertama, menurut Agensi Angkasa Lepas China.

    Misi Shenzhou-15 akan berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di pinggir Gurun Gobi pada jam 11:08 malam esok, menurut agensi itu.

    Misi enam bulan itu yang dipimpin oleh Fei Junlong dan diketuai oleh Deng Qingming dan Zhang Lu, akan menjadi yang terakhir “dalam fasa pembinaan stesen angkasa China,” kata pegawai agensi Ji Qiming kepada pemberita hari ini.

    Modul ketiga dan terakhir stesen disambung dengan stesen itu awal bulan ini, salah satu langkah terakhir dalam usaha China selama lebih sedekad untuk mengekalkan kehadiran kru yang berterusan di orbit. – AP

    Angkasawan Cina bagi misi Shenzhou-15, Zhang Lu (kiri), Fei Junlong (tengah) dan Deng Qingming semasa sidang media pada 28 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...