Tiga buah mukim lebihi 80 kes positif COVID-19

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Antara 24 sehingga 30 Oktober lalu, terdapat tiga buah mukim yang mempunyai kes positif melebihi 80 iaitu Mukim Sengkurong sebanyak 205 kes, Mukim Liang sebanyak 97 kes dan Mukim Kuala Belait sebanyak 120 kes.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkongsi hasil penelitian mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) terutama sekali ketika berada di kawasan-kawasan zon merah.