Tiga cedera kereta api tergelincir

ROM, 19 OGOS – Sebuah kereta api tergelincir di utara Milan hari ini sekali gus menyebabkan cedera ringan kepada tiga orang di dalamnya, kata laporan berita Itali.

Tiga gerabak dalam kereta api yang bergerak di antara Milan dan Lecco di utara Itali terkandas berhampiran stesen Carnate-Usmate pada jam 11:59 pagi (0949 GMT), kata laporan media.

Gambar televisyen menunjukkan sebuah kereta tersandar di luar landasan kereta api tersebut.

Konduktor, penyelia kereta api dan seorang penumpang mengalami kecederaan ringan, kata laporan, memetik kereta api daerah Trenord. Punca kemalangan sedang disiasat. – AFP