Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tiga dikesan salah guna jawatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Tiga orang pekerja asing telah didapati melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan jawatan sah mereka semasa Operasi Sejahtera 23/2022 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Mulaut pada 5 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, di sini, hari ini, pekerja-pekerja yang berjawatan buruh am berkenaan telah diarahkan membuat pekerjaan mencuci kereta.

    Kenyataan menyatakan, semasa operasi itu, jabatan berkenaan telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua kegiatan mencuci kereta dan restoran di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Mulaut.

    Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, pegawai penguatkuasaan telah mendapati perlanggaran syarat-syarat lesen pekerja asing di bawah Bab 112, Perintah Pekerjaan 2009, iaitu majikan menyalahgunakan jawatan pekerja asing yang mana ia bertentangan dengan jawatan dalam Lesen Pekerja Asing yang dibenarkan oleh pesuruhjaya buruh.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing atau melanggar peraturan di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Di samping itu, para majikan hendaklah sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan secara bertulis, pembayaran gaji tepat pada waktunya serta pembayaran lebih masa.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Pegawai penguat kuasa undang-undang Jabatan Buruh semasa menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mencuci kereta di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Mulaut baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...