Tiga disyaki dijangkiti COVID-19 di Marseille

MARSEILLE, 17 OGOS – Tiga kes baharu yang disyaki koronavirus telah didedahkan oleh gergasi bola sepak Perancis, Marseille kelmarin, hanya lima hari sebelum musim baharu Ligue 1 akan dimulakan.

Kes-kes yang dikesan adalah dalam kalangan ‘tenaga kerja’, menurut kenyataan dan jika disahkan, ia akan menjadikan angka jangkitan kepada empat kes di kelab tersebut dalam tempoh empat hari.

Pasukan Andre Villas-Boas sudah membatalkan perlawanan persahabatan pada Jumaat menentang pasukan dari Jerman, Stuggart sebagai langkah berjaga-jaga.

Mengikut protokol kesihatan yang dikeluarkan dalam beberapa minggu terakhir yang masih menunggu kebenaran terakhir, keempat-empat kes itu boleh menyebabkan perlawanan pembukaan Marseille menentang St Etienne pada hari Jumaat mungkin akan dibatalkan.

Sekurang-kurangnya 37 orang pemain Ligue 1 dari 11 kelab telah diuji positif COVID-19 dalam beberapa minggu terakhir. – AFP