Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tiga ditahan dalam insiden kokain beracun

    BUENOS AIRES, 4 FEB – Polis Argentina semalam merampas sejumlah besar kokain yang mungkin dibubuh dadah opiod dan membuat beberapa penahanan selepas 22 orang terbunuh dan puluhan lagi dimasukkan di hospital akibat keracunan di Buenos Aires.

    Pegawai berkata kejadian itu, yang memaparkan bahaya penggunaan dadah haram, berjaya dikawal, namun pembeli kokain di sekitar bandar ibu negara itu digesa supaya membuangnya.

    “Ia mungkin merupakan tragedi yang lebih teruk,” kata pegawai kerajaan wilayah Carlos Bianco, sekiranya pegawai gagal merampas ‘sejumlah besar’ kokain selepas insiden kemasukan ke hospital secara beramai-ramai itu.’

    Menteri kesihatan wilayah Nicolas Kreplak berkata 20,000 dos bahan tercemar dirampas dari kawasan Buenos Aires di mana ia dijual.

    Pihak berkuasa kesihatan mengeluarkan ‘amaran epidemiologi’ pada Rabu selepas beberapa siri kematian di tiga kawasan pinggir bandar miskin di Buenos Aires di kalangan orang yang telah mengambil apa yang dipercayai sebagai kokain.

    Lebih 80 orang dimasukkan ke 10 buah hospital, ada di antaranya dalam keadaan kritikal dan 20 masih menerima bantuan alat pernafasan semalam.

    Polis menahan tiga anggota geng dadah di pinggir bandar San Martin yang dituduh mengagih campuran dadah tersebut. – AFP

    Pegawai polis mengiringi Joaquin Aquino, dituduh mengagih kokain tercemar di Jose C Paz, wilayah Buenos Aires, Argentina pada 3 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...