Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Tiga ditahan dalam Operasi Sepadu

-

Oleh Sim Y. H.

TUTONG, 4 SEPT – Tiga orang suspek tempatan berjaya ditahan dengan beberapa karton rokok serta minuman keras pelbagai jenama turut dirampas semasa Operasi Sepadu yang dijalankan di beberapa buah kawasan perumahan perpindahan Bukit Beruang, Daerah Tutong, kelmarin.

Operasi Sepadu itu dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPBD) bersama agensi penguat kuasa undang-undang yang melibatkan pegawai dan keanggotaan dari Daerah Polis Tutong PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Penguat kuasa Ugama (BPU).

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis Pengiran Haji Mohd Syahmi Azra bin Pengiran Haji Rajid.

Sasaran operasi tertumpu di tiga buah lokasi berasingan dengan membuat pemeriksaan secara mengejut terhadap rumah-rumah kediaman yang dipercayai ada menjalankan kegiatan serta memiliki barang-barang tegahan yang bersalahan dengan undang-undang di negara ini.

Hasil daripada operasi berkenaan telah berhasil membuat penahanan ke atas tiga orang suspek iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan warganegara tempatan berserta barang-barang tegahan iaitu rokok dan minuman keras pelbagai jenama.

Melalui penemuan berkenaan, kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak JKED dan BPU bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Operasi tersebut merupakan salah satu usaha berterusan agensi-agensi penguat kuasa undang-undang di Daerah Tutong dalam misi membanteras dan membendung sebarang kegiatan yang berbaur jenayah di daerah ini. 

Objektif operasi adalah untuk menanamkan rasa selamat dan kehidupan yang sejahtera kepada para penduduk yang tinggal di kawasan kediaman dan persekitaran kampung.

Antara barangan tegahan yang berjaya ditemukan dan dirampas oleh pihak penguat kuasa semasa operasi tersebut.
Pegawai penguat kuasa meme-riksa salah sebuah rumah semasa operasi itu.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

7 maut kebakaran di kompleks beli-belah Korea

SEOUL, 26 SEPT – Satu kebakaran tercetus di tingkat bawah tanah sebuah kompleks membeli-belah di bandar Daejeon, Korea Selatan hari ini, meragut tujuh nyawa,...
- Advertisment -